Soalan Lazim

S : Gambar passport latar belakang biru atau putih? 
J  : Boleh kedua-dua latarbelakang. Sama ada biru atau 
      putih
  
S : Pukul berapakah saya perlu hadir disana selewatnya
      -lewatnya?
J : Pukul 8.30 pagi. Untuk sesi Pendaftaran
     Lewat Pendaftaran tidak akan dilayan

S : Adakah kursus 2 hari ini menginap di sana? 
J  : Tidak. Kursus diadakan 2 hari dan balik hari

S : Berapakah peruntukan masa rehat tengah hari dan 
     bolehkah saya keluar makan bersama pasangan 
     saya? 
J : Satu jam. Makanan dan 
     minuman telah sediakan. Untuk menghargai masa
     harap dapat mematuhi had masa yang dibenarkan 
  
S : Saya tidak mempunyai pasangan, bolehkah saya 
      menghadiri berkursus?
J : Boleh. Tiada masalah

S : Saya pernah berkahwin dan bercerai. Adakah saya 
     perlu ambil kursus semula?
J : Perlu jika cerai hidup. Jika cerai mati tidak perlu 
     ambil kursus.

S : Bolehkah saya menangguhkan kursus hari kedua 
     dan lakukan pada minggu berikut?
J : Rujuk urusetia kursus dan bincang tarikh 
     bersesuaian

S : Bolehkah saya memakai kopiah/ketayap/serban 
      ketika berkursus. Dan gambar dipassport juga 
      berserban atau kopiah? 
J : Boleh. Asalkan kemas pada pandangan

S : Pasangan saya berasal dari Negeri lain. Bolehkah 
     berkursus sekali?  
J : Boleh tiada masalah

S : Saya sudah berkursus. Namun saya ingin temankan 
     pasangan saya berkursus. Adakah boleh? 
J : Boleh. Tiada masalah. Perlu membayar yuran 
     kursus untuk duduk didalam dewan kursus

S : Semasa berkursus adakah sebarang ujian akan dilakukan?
J : Tiada sebarang ujian atau temuduga

S : Pasangan saya bukan rakyat tempatan, namun dia islam. 
     Bolehkah ikut serta berkursus? 
J : Boleh. Bawa sekali salinan passport untuk pendaftaran kursus